Little Lady ♥ ~

Find Me Mines Posts Credit

Buat Bakal Imamku ,
Saturday, December 8, 2012 | 12:22 PM | 0 comments


Assalamualaikum , buat bakal imamku  

Aku tidak pernah tahu siapa kamu , wahai bakal imamku . Kita mungkin sudah berjumpa , pernah berselisih , memang berkawan , sudah terpisah jauh , atau mungkin saja akan berkenalan satu hari nanti .Tapi yang pasti , itu semua sudah ditetapkan untuk kita , tunggu lah dengan tenang , wahai bakal imamku . Percayalah pada ketetapan-Nya , yang sudah dijanjikan pada semua umat-Nya . 


Kalau saja kita bertemu , dan ada rasa indah dihati masing-masing , jangan terburu-buru mengajak aku bercinta , jangan memaksa aku untuk punya hubungan istimewa dengan kamu , hanya kerana kamu punya perasaan itu pada aku . Jangan terus-terusan mengejar , kerana pastinya akan ku tolak , dan kalau itu terjadi , jangan disalahkan aku kerana aku sudah memberi kamu petanda sejak awal . 

Aku tahu , kamu mungkin mengajak aku bercinta, dengan alasan untuk memberi peluang kepada kita untuk lebih mengenali hati budi masing-masing . Tapi aku sebenarnya takut untuk bercinta lagi , sungguh aku tak tipu . Maka jangan dipaksa-paksa aku untuk menunaikan permintaan kamu itu . Aku bimbang , perasaan itu akan bertukar , kerana sungguh , aku tidak suka dipaksa-paksa begitu . Bakal imamku , kamu juga tahu kan , tidak manis untuk kita bercinta , tanpa ikatan perkahwinan . Maka hormatilah apa yang ditekankan Islam , kerana itulah sebaik-baik untuk umat-Nya . 

Cinta itu bagi aku , satu jalan yang membawa aku ke arah perkahwinan . Dan untuk berkahwin , bukanlah semudah yang kamu sangkakan . Kalau saja saat itu tiba , dikala aku masih tercari-cari arah masa depanku , berilah ruang dan masa untuk aku mencorakkannya , biarkan aku melangsaikan perkara-perkara penting dalam hidup aku terlebih dahulu . Berilah aku peluang untuk membalas jasa mereka yang banyak berbakti sepanjang membesarkan aku selama ini , dan biarkan aku mencari lebih kebaikan dalam diriku , sebelum aku menjadi yang sah buat kamu . Bukannya aku takut pada komitmen seperti itu, tapi bukankah lebih baik aku bersedia menjadi yang terbaik , dan insyaAllah , aku akan memberi yang terbaik dalam perkahwinan itu . Usai saja semua itu , aku janji , aku sudah bersedia untuk menjadi yang sah untuk kamu . 

Kalau ditakdirkan kita berjumpa , dan hati aku yakin , kamulah jodohku , dan kamu juga ada rasa yang sama . Bersabarlah , dan berdoalah selalu , agar jodoh itu dipermudahkan jalannya . Kalau keadaan memaksa kita berjauhan dan tidak berhubung , bersabarlah , kerana itu lebih baik daripada menjadi seperti yang lain , yang mana itu mungkin mengundang fitnah dan sangka buruk orang pada kita . Kamu juga tahu kan , hubungan tanpa perkahwinan itu , sentiasa menjadi buah mulut orang , padahal kita punya keluarga , yang perlu kita jaga maruah mereka . Satu hal yang perlu kamu tahu , aku memang pernah bercinta sebelum ini , dan aku tahu itu satu kesalahan , dan di masa akan datang , akan ku cuba untuk mengelakkannya , dan menyerahkan segala-Nya pada tuhanku . 

Bakal imamku , percayalah pada jodoh , bahawa hari itu akan tiba juga nanti . Disaat aku menjadi yang sah untuk kamu , berjanjilah , ikatan itu terjalin kerana kamu mahu membimbing aku ke jalan-Nya , menjadi imamku dikala kita solat berjemaah , menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab , dan tetap menjadi muslimin yang setia pada agama-Nya . Dan aku pula berjanji , akan menjadi suri hati kamu yang setia dan taat pada kamu , menjaga kebajikan kamu , dan menjadi muslimah yang lebih baik , InsyaAllah . 

Satu hari nanti, kita pasti berjumpa , dan memetrai ikatan perkahwinan itu . InsyaAllah . Maka , tunggulah hari itu . Itu saja yang mampu aku coretkan , untuk kamu . 
Assalamualaikum , buat bakal imamku  Semoga kau dan aku dirahmati Allah . Amin ~






Older Post | Newer Post