Awak yang dekat sana ,
Sunday, May 13, 2012 | 10:17 PM | 0 comments
Hello everybody
, Assalamualaikum ♥ .
29 days to go . HIHI
Hari ni saya
nak cerita tentang semalam , masa nak tidur , tiba tiba teringat sesuatu yang
amat dasyat . Sesuatu yang tak penah saya
jangka . Lepas solat Subuh dan mengaji pagi tadi , saya dah dapat
jawapan yang tepat untuk menjawab persoalan semalam yang mengganggu fikiran
saya . Obviously , senang saja kalau nak
dapat jawapan kalau hati dah tenang ♥ (:
Jadi , untuk
tidak terlalu menderita dalam hidup , jangan pernah rasa memiliki sesuatu .
Apatah lagi sesuatu yang kita sayang . Ingatkan diri kita bahawa kita hanya peminjam
bukan pemilik , HANYA PEMINJAM . Then , baru kita akan sedar , ketika waktu itu
, jika sesuatu itu diambil balik oleh Empunyanya , maka kita akan terasa
seolah olah kita hanya memulangkan bukan
dirampas . Sebenarnya , itulah hakikat hidup . Bersyukurlah dengan apa yang
dianugerahkan oleh Allah ♥
Selalulah
ingat akan pesan seorang hamba Allah ,
Sesiapa yang merasakan kasih sayang Allah terputus semasa Allah mengujinya , itu petanda bahawa dia belum kenal Allah
Ya , orang
yang paling menyakitkan hati kita ialah orang yang paling kita cintai
mengkhianati kita . Patah seribu weh .
Jadi , cintailah sesuatu sekadarnya sahaja , kemungkinan ia akan menjadi kebencian pada suatu ketika . Bencilah apa yang engkau benci itu sekadarnya sahaja , kemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika nanti ♥ . Sesuatu yang kita benci belum tentu ianya memudaratkan kita , betul tak ?

; Awak ,
hidup kat sana elok elok . Jangan nakal nakal , saya sentiasa doakan awak dari
jauh )': ♥