nak tahu ?
Monday, June 27, 2011 | 9:43 PM | 0 comments
salam .
cerita itu ini ...
Nak tahu ? Aku duduk kat meja sebelah sorang laki yang aku minat kat kafe tadi . Dia baru lepas main basket , dan bola dia bergolek-golek ke meja aku . Aku pun tunduk nak kutip , dan bila aku nak bangun , aku terhentak kepala aku kat meja .
Nak tahu ? sempena ulangtahun ke-5 hubungan kami , boyfriend aku belikan aku bantal bentuk hati dan berwarna pink . Dah 5 tahun bercinta , dia masih tak tahu yang aku benci bantal . Dan aku benci warna pink .
(cerita asal diolah semula) Nak tahu ? Aku suka awek tue tapi dia jual mahal . Malam kelmarin aku jumpa dia ada kat pasar malam . Aku tegur tapi dia tak layan . Aku geram , aku kutuk dia kaw-kaw. Sekali abang dia ada kat belakang aku .
Nak tahu ? aku selalunya akan dengar lagu pagi-pagi daripada dalam perjalanan ke sekolah . pagi itu, aku layan lagu Mercy dari Duffy dan memandangkan lagu tu rancak, aku joget sendiri soang sorang , bila dah sampai kelas . sekali aku dengar orang gelak . cikgu aku kat belakang aku rupenye pagi tadi .










