berdua ? si uda dan dara .
Friday, November 26, 2010 | 4:28 PM | 0 comments

Entah kenapa tiba-tiba malam tadi
Hamba teringin merayau sana sini
Bersama teropong dan carpet sakti
Melihat awan dan langit lampu berseri
Perlahan saja carpet berjalan
Lalu hamba di buai angan-angan
Manalah agaknya pasangan sepadan
Sudah lama hilang di bayangan
Teropong ketawa tiba-tiba
Hajat di hati dimakbul jua
Uda dan Dara di hadapan sana
Sedih dan gembira dapat bersua
Invisible mode kami guna
Merapati berdua mendengar cerita
CSI pun tak terikut kita
Skodeng first class hingga butir bicara
Hamba terasa letihnya mereka
Uda bekerja sebelah malam sahaja
Dara juga di hutan mana
Bersama crew mereka bekerja
Apa kabar wahai adinda
Alhamdulillah sihat adanya
Kanda macam letih sahaja
Atau ada apa yang tidak kena
Tiada apa yang tidak kena
Cuma terasa juga letih melanda
Rindu di pendam sakit terasa
Dinda pula buat tak tahu sahaja
Heh dinda juga di buruk sangka
Kanda tu di kelilingi semua
Pujian diterima hingga lupa segala
Termasuk dinda yang tidak bermakna
Jangan sesekali kata begitu
Sedih hatiku bagai dihiris sembilu
Jari digenggam dengan padu
Pandang sini wahai adindaku
Minta dipandang jelingan diberi
Akhirnya dagu dipegang di pusing kini
Biarlah jutaan yang ada di sisi
Hanya dirimu dinda di dalam hati
Tawa manja dari si Dara
Ditepuk sedikit bahunya Uda
Kepala dilentuk tanda manja
Helaan nafas tanda lega
Lama sungguh tidak bersua
Duduk diam tanpa bicara
Menghayati malam penuh bermakna
Rasa kasih antara berdua
Angin malam bertiup nyaman
Masih tiada bicara kedengaran
Sungguh bererti suatu pertemuan
Duduk berdua istilah persahabatan
Malam makin larut adanya
Uda kata sudah tiba masa
Tidak elok kalau terus berdua
Nanti tidak di hantar pulang katanya
Memang Uda dalam kerinduan
Bila cubitan Dara berikan
Senyum manja bila berpandangan
Pipi di belai penuh kemesraan
Dahlah jom…Uda berkata
Nanti kita terlambat pula
Kalau lesenku ditarik…alamatnya merana
Big boss kata…tidak boleh jumpa
Ohh jadinya kanda takut juga
Lesen ditarik oleh big boss dinda
Mestilah…Uda mengiyakannya
Gentleman agreement scout honour kata Uda
Senyum dan tawa mereka berdua
Teringat hamba pokok azimat pula
Berdiri kukuh masih di sana
Itulah tempat persembunyian Uda dan Dara
Taliair dalam cerita
Pokok juga saksi bersama
Alam sering bersama mereka
Doa diiring semoga bahagia
Baik-baik jaga diri
Hati serta budi pekerti
Bila bonda balik dari haji
Mungkinkah ada berita terkini?
Manusia merancang Allah menentukan
Setiap pertemuan ada suratan
Oleh itu orang tua-tua sering berpesan
Hajat yang baik…baik juga balasan
Jagalah hati dan ikatan bersama
Walaupun mana langkah di bawa
Tanggungjawab mesti di sempurna
Itulah kita manusia di beri nama









